Friends

Visitors

Blogger news

Labels

Blogroll

Sofyan Iyan fazilalfarisyi@yahoo.co.id bahagiacell@rocketmail.com apalambat@yahoo.com andi.mala61@yahoo.co.id

Categories

Blogger templates

Blogger news

Blogger Themes

Powered By Blogger
dilindungi oleh undang-undang. Diberdayakan oleh Blogger.

Translate

following

RSS

DOA - DOA HARIAN

khalifah

Himpunan Personal Pencerahan, Bimbingan, Tarbiyah dan Dakwah Islami

Posts Tagged ‘Doa harian

Adab berdoa

MEMILIH DOA HARIAN
Sumber: qazikirdandoa
Jika anda ingin berdo’a menggunakan do’a yang datang dari Nabi saw, ambillah do’a dari kita kitab al-Azkar karangan Imam al-Nawawi, atau kitab moden yang berukuran kecil berjudul Hisnul Muslim : min azkar al-kitab al-sunnah karangan Saed bin Ali bin Wahf al-Qahthaani yang telah pun diterjemahkan didalam pelbagai bahasa. Do’a2 dari 2 kitab ini memang sahih datang dari Nabi saw dan selamat digunakan.
Kalau kita mempunyai hajat2 yang tertentu (specific) , baca sahaja do’a didalam bahasa yang kita fahami maksudnya.
Disini saya ingin memaparkan fatwa dari Ibn Taimiyah rh mengenai do’a dan zikir yang disandarkan kepada Nabi saw atau sahabat2nya. Kata Ibn Taimiyah :-
لا ريبَ أنَّ الأذكارَ والدعوات مِن أفضل العبادات، والعبادات مبناها على التوقيف والاتِّباع ، لا على الهوى والابتداع، فالأدعيةُ والأذكارُ النبويَّةُ هي أفضل ما يتحرَّاه المتحري من الذكر والدعاء ، وسالكها على سبيل أمانٍ وسلامةٍ ، والفوائد والنتائج التي تحصل لا يعبر عنها لسانٌ ، ولا يحيط بها إنسانٌ ، وما سواها من الأذكار قد يكون محرَّماً ، وقد يكون مكروهاً ، وقد يكون فيه شركٌ مما لا يهتدي إليه أكثرُ النَّاسِ ، وهي جملةٌ يطول تفصيلها .
وليس لأحدٍ أنْ يَسُنَّ للنَّاسِ نوعاً من الأذكار والأدعية غير المسنون، ويجعلها عبادةً راتبةً يواظب الناس عليها كما يواظبون على الصلوات الخمس، بل هذا ابتداعُ دينٍ لم يأذن الله به… وأما اتخاذ وردٍ غيِر شرعيٍّ، واستنانُ ذكرٍ غيرِ شرعيٍّ، فهذا مما يُنهى عنه، ومع هذا ففي الأدعية الشرعية والأذكار الشرعية غايةُ المطالبِ الصحيحةِ ونهايةُ المقاصدِ العليَّة ، ولا يَعدلُ عنها إلى غيرها من الأذكارِ المحدَثة المبتدعةِ إلاّ جاهلٌ أو مفرِّطٌ أو متعَدٍّ. أ.ه

“Tidak dapat diragukan bahawa Do’a dan Zikir adalah merupakan seafdal2 Ibadat, Ibadat didasarkan kepada Tawqif (terhenti; tidak berubah) dan “Ittiba’ (ikutan), bukan berdasarkan kepada hawa nafsu dan rekaan atau bid’ah, Zikir dan Do’a dari Nabi saw adalah yang afdal (yang terbaik) dari mana-mana do’a dan zikir yang lain, dan bagi sesiapa yang menghadkan dirinya kepada itu (do’a dan zikir) akan adalah tepat dan selamat. Faedah dari amalan yang dibawa tidak boleh tunjukkan dengan perkataan atau diketahui keseluruhannya oleh manusia. Zikir2 yang kemungkinan hukumnya haram atau mungkin makruh. Ia mungkin melibatkan syirik dimana kebanyakkan orang tidak perasan/sedari dan akan mengambil masa yang panjang menjelaskannya secara terperinci.
Tidak ada orang yang berhak menunjukkan kepada manusia apa2 zikir atau do’a yang tidak diriwayatkan didalam sunnah dan menjadikan ia sebagai ibadat agar manusia mengamalkannya sebagaimana manusia melakukan solat 5 waktu. Malah ini merupakan satu rekaan atau bid’ah didalam agama dimana Allah tidak memberi kebenaran… didalam kes memasukkan amalan pelik yang tidak dijelaskan oleh syariah dan juga zikir yang tidak dijelaskan didalam syariah, ini merupajan sesesuatu yang dilarang, malah so’a dan zikir yang telah dijelaskan oleh syara’ merupakan yang terbaik dan akan mencapai tujuan dan maksud.Tidak ada sesiapa yang memalingkan darinya dan mengambil amalan2 yang direka dan mencipta zikir2 melainkan orang itu jahil, lalai atau melampau batas” [Majmu' Fatawa, 22/510-511].
Membaca do’a (yang bukan datang dari Nabi saw) yang tidak mengandungi unsur2 yang salah menurut syara’ tidaklah mengapa (bukanlah menjadikannya sebagai amalan harian). Meninggalkannya adalah lebih selamat dan tepat oleh kerana yang terbaik adalah do’a2 yang datang dari hadith Nabi saw. Akan tetapi menyandarkan sesesuatu do’a dengan menggunakan hadith2 palsu yang dikaitkan dengan Nabi saw adalah perbuatan yang haram lagi terlarang.
Wallahu A’lam.
========
Rujukan :
1. Mohammad bin Abdul Rahman Qasim. Majmu’ Fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah – 22. Mekah : Percetakan Al-Hukumah, 1969.
Written by Live Admin
September 13, 2010 at 1:22 am

Doa mula dan tamat bekerja

DOA MEMULAKAN KERJA DAN MENGAKHIRI KERJA HARIAN
Mudahan setiap perkara yang kita lakukan di berkati dan di rahmati Allah swt.
Written by Live Admin
Julai 22, 2010 at 1:11 am

Doa-doa harian

DOA HARIAN
Doa seharian yang baik untuk kita amalkan:










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar

sukses selalu